Khamis, 8 Oktober 2015

Apa TARGET kita

Assalamualaikum wbt
Menjadi insan yang baik? Itulah target didalam hidup kita selain dari cita –cita atau kerjaya masa depan kita. Maksudnya kalau ditanya, “ Habis belajar nanti nak kerja apa?” Tentu kita jawab satu pekerjaan yang baik, contohnya “ nak jadi doktor surgeri” Ada tak antara kita yang menjawab, “ nak jadi perompak”. Sudah pasti tak ada, bukan? Kalau ada, dia perlu dirawat di pusat psikatri!
Sebab apa kita memilih pekerjaan yang baik sebagai cita-cita? Kenapa tidak ada pula seorang pun yang bercita-cita untuk mendapatkan pekerjaan yang “jahat”. Ya, jawapannya ialah tidak ada sesiapa pun yang nak jadi jahat.


Mengapa hidup perlu ada target?

Pertama : Apa Target Hidup Kita?
Ø  Hidup sempurna, baik dan terhindar daripada kejahatan dan menuju ke syurga. Alangkah bertuahnya kita menjadi muslim, kerana peluang kita untuk mencapai target terbuka luas.

Kedua : Siapa Yang “ Menjaga” Target Kita
Ø  Jawapannya ialah diri sendiri. Hatilah yang menjaga setiap pergerakan kita, percakapan, pendengaran, penglihatan dan semua yang dilakukan oleh tubuh badan kita.Sebab itu kita kena “belai” dan bersihkan hati kita setiap waktu terutamanya ketika sampai waktu solat fardhu. Ketika itulah kita “mandikan” hati kita supaya sentiasa “harum”  dan dapat memandu setiap perbuatan kita.Perbuatan yang baik datang dari hati yang baik.

Kekt   Ketiga : Kenapa Kita Mesti Ada Target Hidup
Ø  Kerana hidup di dunia ini hanya sementara dan di akhirat kita kekal di dalamnya. Mencapai target dalam hidup bermakna kita bersungguh-sungguh menyiapkan bekalan bagi menghadapi hari akhirat yang menjadi puncak target kita.

Keempat : Di Mana Kita Perlu Memulakan Target
Ø  Kita telah pun mempunyai target sejak kita mengenali yang baik dan buruk, yang bersih dan yang kotor, yang cantik dan yang hodoh. Jadi tugas kita meneruskan usaha membezakan baik buruk itu dengan akal yang semakin matang.
Ø  Bagi yang masih belum dapat membezakn, masih belum terlambat untuk bertaubat jika kita “terkandas”. Tiada istilah “tutup” bagi pintu taubat selagi mata kita celik dan masih hidup di dunia. Jangan berasa penat untuk beristighfar. Kemudian, setelah “memandikan” hati, jom sama-sama kita kearah mencapai target.

Kelima : Bagaimana Mencapai Target?
Ø  Hanya satu cara yang paling berjaya iaitu amal makruf nahi mungkar. Menurut perintah Allah SWT supaya mengerjakan perbuatan atau amalan yang baik dan pada masa yang sama menjauhi perbuatan atau amalan yang jahat.
Ø  Sematkan didalam hati bahawa seorang Muslim sentiasa melakukan kebaikan dan tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan mungkar.

Pengisian dipetik dari Majalah JOM, ruangan Warkah Abang Long, keluaran Vol 03. Isu 17