LENCANA SEKOLAH
FALSAFAH
“ Tidak AKU ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada KU.” [ Az-Zariyat : 56 ]
VISI
Menjadi
sebuah institusi sekolah yang unggul, berbudaya saing, bertaraf global
yang berlandaskan pengabdian kepada Maha Pencipta.
MISI
SRIAS
komited dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ilmu, akhlak,
sahsiah dan peribadi supaya ianya dapat merialisasikan penghambaan diri
pada ALLAH.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah
Rendah As-Syddiq (dahulu dikenali sebagai SRA Ghufran), nombor
pendaftaran SRJ 3338, dibuka pada 1 Januari 2001. Ia terletak di Lot
3479, Kampung Sahari , Blok 3. Simpang Renggam. Luas kawasan sekolah ini
ialah 2.5 ekar.
Pada
peringkat permulaan, iaitu ketika sekolah ini baru dibuka, hanya Tahun 1
sahaja diwujudkan. Jumlah murid pada ketika itu seramai 39 orang dimana
murid Tahun 1 dibahagikan kepada 2 kelas. Jumlah guru seramai 3 orang.
Murid yang belajar di sekolah ini datangnya daripada sekitar Simpang
Renggam dan juga luar Simpang Renggam.
Guru
Besar yang pertama mentadbir sekolah ini ialah Tuan Haji Muhd Rubani
Abd Rahman. Beliau mula bertugas si sekolah ini mulai 1 Januari 2001.
Sebelum itu, beliau pernah bertudas sebagai Guru Besar di SK Ladang Tun
Dr Ismail, Simpang Renggam.Setelah itu, Tuan Haji Ab Aziz Md Yet telah
diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar mulai 1 Januari
2006.
Pada
tahun 2014, jumlah murid telah meningkat seramai 189 orang. Jumlah guru
seramai 15 orang dan 8 orang staf kakitangan telah ditempatkan bertugas
di sekolah ini.
Terdapat kemudahan fizikal yang merangkumi bangunan
akademik, surau dan kantin. Selain itu, sebuah padang juga disediakan
bagi tujuan sukan dan permainan seperti bola sepak dan bola jaring.
Kemudahan untuk rekreasi dan aktiviti ‘Yakin Diri’ dikalangan murid
masih dalam peringkat perancangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan